Sapsai.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


Get the Flash Player to see this player.
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Ahad, 22 Januari 2012

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina Dari Kami Warga Sapsaifm




Menurut kepercayaan bangsa cina, naga ialah bintang haiwan yang kelima dan satu-satunya makhluk mitos dalam kitaran 12 haiwan Zodiak cina dan naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah. Patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.
Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

Sifat
Kedudukan zodiak ke-5

Waktu naungan
7 – 9 pagi

Mata angin
Timur-tenggara

Musim dan bulan
Musim bunga, April

Bulan qamari
5 April hingga 5 Mei

Zodiak Barat yang bersamaan
Aries

Polariti
Yang

Unsur
Kayu
Sifat positif
Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
Sifat negatif
Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka

Paling serasi
Tikus, Monyet, Ular, Ayam

Sederhana serasi
Naga, Khinzir, Lembu

Tidak serasi
Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing


Naga dalam mitologi feng shui adalah mahluk yang selalu membawa cahaya kehidupan, membawa chi yang kuat dan sempurna. Ia adalah sumber inspirasi dan kreatifitas. Sumber segala kebenaran dan pembawa nasib langit dan menaklukkan nasib. Gaya hidup wah dan mewah atau glamour selalu mengiringi langkahnya.

Pada tahun 2012, unsur air mengiringi dan merupakan naga yang sarat dengan potensi yang meledak-ledak sebab menguatkan unsur bawaannya yaitu unsur kayu. Kunci master mengatakan bahwa naga air adalah naga dengan sifat dualitas yaitu kekuatan baik dan kekuatan buruk yang sama kuat. Kalau mengetahui cara-cara mengaktifkannya akan menjadi naga yang akan membawa kelimpahan namun kalau salah akan menjadi bencana yang sangat mematikan praktisi feng shui.


Untuk meningkatkan kemakmuran pada tahun naga air ini, usahakanlah memiliki akuarium yang cukup besar diletakkan di sisi Utara atau sisi Timur ruang keluarga. Diletakkan di sektor Tenggara akan mengurangi pengaruh dari 5 yellow pada tahun 2012.



Jadi, kepada kawan-kawan yang balik ke kampung halaman itu, sebelum memulakan perjalanan pastikan anda merancang perjalanan terlebih dahulu, mendapat rehat yang secukupnya dan memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang selamat. Sentiasa la berhati-hati ketika di dalam perjalanan. Jangan jadikan diri anda penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Selain itu juga, sebelum meninggalkan rumah pastikan air dan api (letrik) telah di tutup terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Kunci semua pintu rumah dan maklumkan kepada jiran anda yang anda akan pulang bercuti bagi mengelakkan kes kecurian. 1 lagi, jangan main mercun tau. Bahaya...

Semasa menyambut perayaan pula, biarlah berbelanja secara berhemah dan tidak terlalu membazir. Biarlah sederhana asalkan meriah. Selain itu, sentiasa menjaga kesihatan diri anda selalu

Akhir kata dari kami warga sapsaifm, selamat menyambut tahun baharu cina 2012 kepada yang meraihkannya dan selamat bergembira dari kami untuk semua.. Ini barang mesti mahu tenang, kita kita juga bah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan