Sapsai.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


Get the Flash Player to see this player.
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Isnin, 30 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Nelly Alfred -




 Nama pemilik wajah ini ialah Nelly Alfred yang popular sejak dari tahun 90-an dan pernah bernaung di bawah RTM dan juga kinabalu recoding.


Baiklah, mengenai dengan perjalanan karier artis ini yang gemar menggunakan perkataan meowww, nelly mempunyai bakat terpendam yang mana beliau berkobolehan dalam mencipta lagu. Buktinya, nelly ada mencipta sebuah lagu khas buat ibunya yang bertajuk 'Kaandaman Kumaa Di Ama' (Sedih lagu dia bah, terus admin call mama di kampung lepas dengar lagu dia ishkishkishk). Lagu ini adalah di inspirasikan dari kisah benar beliau.
Ke unikan nelly ini adalah lenggokan suara dan juga getaran bunyi nelly. itu yang mahal tu.

1 hal lagi, nelly ni walaupun sudah di kira otai dalam seni suara tapi tetap juga low proflie.. Admin heran juga napa la artis2 otai ni selalu low profile?adakah sebab lagu diorang ni jarang kena pasang di radio? ataupun merasakan diri tiada peminat? atau memberikan laluan kepada artis baru? hemm, diorang sendiri ja tu boleh jawab.


Ok la, admin tidak mau taip panjang panjang lagi nanti penat kamu membaca ahahahah... Ndapun, nanti admin melarat larat lagi taip bukan bukan. Jadi, untuk tatapan pendengar yang ingin mendekati dan mengenali Nelly Alfred dengan lebih lanjut di sini admin sertakan biodata dan juga lagu ciptaan beliau atas kisah benar hidup beliau yang di dekasikan kepada ibu nelly (lagu yang buat admin call beliau di kampung hahahahah)


Nama Komersil : Nelly Alfred


Nama sbnar : Nelly Alfred


Tarikh Lahir : 12 Mei 19.... (tanya nelly sendiri 2 no di hujung hihihih)


Tempat Lahir : KK


Alamat email : nellyalfred@rocketmail.com


FaceBook : Nelly Alfred


Bangsa : SinoKadazan (tapi tdk pandai ckp Cina..hehehe..)


Bil. Adik-beradik : 8 org (saya paling bongsu..hehe..)


Hobi : Menyanyi, membaca buku dn mencipta lagu


Aktiviti : (karangan original dari si nelly alfred hahahhahah)


Tiada aktiviti sbb bukan artis bah..hahaha..(Jgn marah arr..hehehe)


Pencapaian : Baru mengeluarkan album sendiri (hujung tahun last year), ada lagu di RTM sekitar 90an dan ada single dgn Kinabalu Recording sekitar 90an jua.


Apa hal2 tentang sy lagi: emmm..tidak taulah sbb sy sangat low profile punya orang. Apa gia ko ckp tu, "ini barang mesti mau tenang.."Hehehe..bah, itu saja tentang sy. ..sapalah sy ni..kecil mcm semut ja bah..tq bnyk2... (inilah bukti paling jelas yang dia memang low profile dia ni punya ayat....)

Ahad, 29 Januari 2012

Kedudukan Carta 20 Sapsaifm Minggu 5

1. Clarice Sipanul - Pinintutunan

2. Is Sapsai - Diriku Kan Pergi

3. Marcel Gatisi - Langadku Molohing

4. Gimie Superfrenz - Keliru

5. Nick Tudol - Ika Okon Ko Sanganuku

6. Jimmy Palikat - Anak Kampung

7. Kristo Umok - Urat Dawai Tulang Besi

8. Janrywane J Lusin - Macam Di Kk

9. E.L Mar - Main Tapuk Tapuk

10. P.O.P - Ada Hiivai Dandi Toh

11. Albab Band - Lamunan Silam

12. Wilton Hamdi Gudon - Isai

13. Esther Clement Tubong - Kokompunganku

14. The Aries - Keteguhanku

15. Lexband - Bastop

16. Acai - Anak Separuh Bandar

17. Freddy K - Urang Bilang

18. Dayang Noraini - Kau Tak Akan Pernah Tahu

19. Rock N Soul - Terhanyut (Lagu Tersingkir)

20. Ebi Kornelis - Dulu Suka Sekarang Sayang (Lagu Tersingkir)

* Jamirus Jumian - Soira Lumangad (Pencalonan lagu baru)

* Ranauboy - Buat Sikit Sikit (Pencalonan lagu baru

P/S:

-Sistem pengadilan kedudukan carta lagu sapsaifm di tentukan melalui undian dan sekerap mana lagu tersebut di minta oleh pendengar untuk di putarkan di radio online sapsaifm.

-Keputusan carta 20 Sapsaifm akan di ketahui setiap hari ahad jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Setiap Minggu ada lagu terkeluar dan ada lagu baru akan di calonkan. Untuk Mengundi lagu kegemaran anda layari kami di http://sapsaifmm.blogspot.com (di sebelah kanan blog sapsaifm)

Sabtu, 28 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Kristo Umok -

Kali ini admin mau mengajak semua pembaca dan pendengar untuk mengenali seorang lagi artis tempatan sabah yang kian menyerlah dalam industri hiburan sabahan khususnya dalam bidang nyanyian dan juga lakonan.

Pada kali ini, entry kita ialah berkenaan dengan Kristo Umok atau pun juga di panggil sebagai Kristo Yanto. Berbekalkan lagu berentak rock bertajuk Tulang Besi Urat Dawai, lagu beliau pernah mengungguli beberapa carta radio tempatan sabahan.

Admin lebih selesa memanggil beliau sebagai yanto hehehhe.. Ingat lagi tak, dulu krew sapsaifm pernah menemuramah beliau pada tahun lalu. Inilah dia wajah kristo umok yang mempunyai suara yang unik kerana hanya beberapa orang artis sahaja yang mempunyai suara 'serak serak basah' sepeti beliau.

Sebenarnya, kristo umok ni banyak terlibat dalam dunia lakonan sabahan selain menyanyi. Antara drama dan telemovie yang pernah lakonkan ialah seperti Cinta Seteguh Kinabalu, mongolu dan banyak lagi.

Selain dunia lakonan dan juga bidang nyanyian, kristo umok juga mempunyai bakat terpendam iaitu boleh mencipta lagu dan menjadi penulis lagu serta mengarah. Hebat la dia ni. Memang versatail la kan. (1 ja yg admin tidak puas hati dulu time dia kena temuramah, dia cakap sapsaifm jadi capcaifm hahahahhah, just kidding).

Jadi, kamu sudah nampak dan tahu apa yang menarik tentang beliau kan. hehehhehe, oh ya, lupa mahu bagitau. Tidak lama lagi, beliau akan keluar dengan sebuah lagu single baru tapi tidak tahu la bila sebab dia masih cari masa yang sesuai untuk rakam lagu tersebut. hehehehhe. Jadi, di sini admin sertakan profile mengenai beliau dan lagu beliau ni rockkkkkk.....

Nama Sebenar: Kristo Umok

Nama Komersial : Kristo Umok

Tarikh Lahir : 29-09-1987

Tempat Lahir : Hospital Kudat

Alamat Email: kristoyanto@gmail.com


Bangsa : Rungus/Dusun

Bilangan adik beradik: 8 Orang

Hobi: Mencipta Lagu, Bermain Gitar, Menyanyi, Mengarah, dan banyak lagi..

Rabu, 25 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Gi-Mie Superfrenz -



Mungkin para pembaca dan pendengar seperti biasa melihat wajah ini kan. Ya, beliau adalah seorang pembaca berita di rtm tv1 sabah. Emran Azmie Rosle atau lebih di kenali sebagai Gi mie ini juga merupakan salah seorang lagi penyanyi sabahan yang di kian meningkat naik menerusi singgle lagunya yang bertajuk keliru yang di rakamkan pada tahun 2010 (turut tersenarai dalam carta 20 Sapsaifm).

Berperwatakan menarik dan mempunyai sepasang mata yang seksi (Awww, tergoda i taw) Gi mie lebih selesa memperdendangkan lagu yang berentak Free pop/rock. Menurut artis yang mempunyai 7 orang adik beradik ini (beliau anak yang ke 2), pada tahun 2011 adalah tahun yang agak kurang menonjol bagi beliau kerana Gi-mie menumpukkan sepenuh perhatiannya dalam bidang kerjaya dan juga keluarga.

Berbekalkan pengalaman beliau yang aktif menyanyi dari kecil lagi, beliau pernah mengikat kontrak dengan west point band, the reef dan pernah menganggotai kumpulan powerslave bersama-sama pemain keyboard kumpulan sofaz sekarang (rodie sofaz). Hebat kan pencapaian dia ni. Bukan calang calang punya orang.

Berita terbaru mengenai artis ini, selepas plan untuk mengeluarkan album terbantut tahun lalu, insyaallah akan keluarkan single atau mini album tahun ini. Jadi, tanpa membuang masa kamu membaca hahahaha, admin share sikit profile mengenai beliau ini dan demo lagu keliru dia (sempat lagi Gi-mie tegur time kena siasat pasal profile dia. Dia jawab macam ni "Uyna bro...mcm mau isi borang keja nie tau,,,heheheh" hahahahhah..



Nama Sebenar :  Emran Azmie Rosle

Nama Gelaran :  Gi-mie

Tarikh Lahir : 15 Julai

Tempat lahir :  QEH, KK

Alamat Email :  gimiekeliru@yahoo.com

Alamat Fb : Gi-mie Superfrenz

Bangsa :  KDM

Bilangan Adik Beradik :  7 dan anak ke 2

Hobi: Menyanyi, bermain muzik, bersukan, mengembara, dll

Aktiviti/Pencapaian (Ayat Si Gi-Mie sendiri ni ahahahahaha)

-Mula menyanyi sejak kecil dan 1st time jadi juara time umur 10 tahun juara bintang kecil - kundasang,

-juara malam muhibbah tg aru - 1989,

- juara bakat la salle -1987,

-juara bakat maybank sabah - 1996,

- tempay ke 3 Battle of The band Kota Belud,

-Juara malam aidil fitri - kota belud,

-persembahan di ranau,

-ikat kontrak dengan west point band - The Reef,

-pernah menganggotai Powerslave bersama-sama pemain keyboard sofazr sekarang @ Rodie Sofaz,

-bersama The Morbius bermain di The Rawk, The Office pub, cocoon fun pub, persembhan dalam titian mesra bersama rtm di pantaran mesra rtm dan promenade hotel....

-uynaa banyak ni....pernah mengadakan persembahan d Kenyir Lake View Resort, Trengganu

-. selepas plan utnuk keluarkan album terbantut tahun lalu, insyaallah akan keluarkan single atau mini album tahun ini....
-
dan terbaru,,,lagu Keliru msuk akhir pertandingan carta lagu artis sabah (CLAS) pada 26 feb depan di 1B....dan maknanya sy akan nyanyi live masa tu...

Selasa, 24 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Clarice John Matha -



Salah seorang lagi penghibur/artis sabahan yang tidak asing lagi di sabah. Namanya boleh di dibariskan dengan dato siti nurhaliza atau ziana zain (kalau di semenanjung) dan juga Abu Bakar ella dan Den bisa (kalau sabahan).

Clarice john matha atau clare dan juga leng merupakan seorang artis yang tidak perlu di perkenalkan lagi kerana beliau merupakan artis yang boleh di katakan agak berjaya dan ini di buktikan melalui sambutan jualan album pertama beliau yang berjaya memecahkan rekod dalam industri hiburan sabahan.

Anak ke 3 daripada 8 orang adik beradik ini, yang terkenal melalui lagu berbisa beliau iaitu 'ama om apa', 'auh', 'Aada' dan banyak lagi berkata pada masa ini beliau lebih selesa untuk menumpukan perhatian sepenunnya kepada keluarga beliau khususnya anak-anak. Walau bagaimanapun, bukan la si clare ni lupa atau kasi tinggal terus bidang nyanyian. Dia tetap juga masih aktif dalam bidang hiburan cuma tumpuan penuh dia saja ke arah keluarga (admin sokong, apa-apa pun family first).

Untuk makluman semua juga, selain menyanyi si clare ni bekas finalis unduk ngadau (ratu cantik) peringkat negeri sabah. Selain itu, dia juga pernah memegang watak utama dalam beberapa telemovie seperti telemovie yang bertajuk PTI (Percintaan Tanpa Izin) di gandikan bersama Den Bisa, dan juga telemovie yang bertajuk Huminodun dan nama watak itu menjadi gelaran kepada penyanyi ini.

Beliau juga pernah menjadi seorang penyampai di radio Suriafm Sabah (menggantikan Dj Velvet yang cuti bersalin) tapi tidak lama. Boleh di katakan artis ini, versetail la juga kan... Dari menyanyi, berlakon dan penyampai radio semua dia sapu bersih ahahahahaha..

Terbaru, beliau akan bergandingan dengan Rozza Rothman, Marcellus Gatisi, Clarice Sipanul dan ramai lagi artis sabah yang lain dalam menjayakan Album Kompilasi Projek Amal artis sabah kendalian Magus8Entertaimen yang mana Nick Tudol bertindak sebagai producer. Dalam album ini CJM akan menyanyikan 2 buah lagu bertajuk 'Linangkas nu' Dan juga 'Numbur'

Ok la, admin tidak mahu banyak taip ni sebab penat sudah jari menaip hahahahah ketara pemalas betul mau menaip kan hahahah.... Jadi, admin kongsi sedikit mengenai profile Clarice John Martha ni dengan demo nyanyian lagu baru dia bertajuk numbur versi perempuan. (Lagu numbur ada 2 versi. 1 versi lelaki nyanyian marcellus gatisi dan 1 lagi versi beliau)


Nama Sebenar : Clarice John Matha

Nama Timangan: Clare atau leng

Tarikh lahir : 24 oktober tahun 197...... (cue teka cue teka hahahhah)

Tempat Lahir: Hdok Sandakan

Alamat Email/Facebook: claricejohn.matha@yahoo.com

Bangsa : Dusun

Bilangan Adik Beradik : 8 Orang (anak ke 3)

Hobi : Bawa anak anak beriadah

Kerjaya/Aktiviti: (Ayat dari CJM hahahahaha)  

-bz keluarmasuk studio utk beberapa album kompilasi.

-Tahun 1996 top (5)unduk ngadau p.negeri/artis dibwh naungan skyline 5thn.
-(2004-2008)/4 album solo,dan memecah rekod penjualan album pertama..

-compose lagu/lirik.pelakon tempatan/

-pernah menjadi DJ Suriafm./undangan menyanyi/berlakon dgn rtm,undangan persembahan dgn KEKWA,majlis jbtan kerajaan/swasta.

Ahad, 22 Januari 2012

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina Dari Kami Warga Sapsaifm




Menurut kepercayaan bangsa cina, naga ialah bintang haiwan yang kelima dan satu-satunya makhluk mitos dalam kitaran 12 haiwan Zodiak cina dan naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah. Patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.
Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

Sifat
Kedudukan zodiak ke-5

Waktu naungan
7 – 9 pagi

Mata angin
Timur-tenggara

Musim dan bulan
Musim bunga, April

Bulan qamari
5 April hingga 5 Mei

Zodiak Barat yang bersamaan
Aries

Polariti
Yang

Unsur
Kayu
Sifat positif
Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
Sifat negatif
Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka

Paling serasi
Tikus, Monyet, Ular, Ayam

Sederhana serasi
Naga, Khinzir, Lembu

Tidak serasi
Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing


Naga dalam mitologi feng shui adalah mahluk yang selalu membawa cahaya kehidupan, membawa chi yang kuat dan sempurna. Ia adalah sumber inspirasi dan kreatifitas. Sumber segala kebenaran dan pembawa nasib langit dan menaklukkan nasib. Gaya hidup wah dan mewah atau glamour selalu mengiringi langkahnya.

Pada tahun 2012, unsur air mengiringi dan merupakan naga yang sarat dengan potensi yang meledak-ledak sebab menguatkan unsur bawaannya yaitu unsur kayu. Kunci master mengatakan bahwa naga air adalah naga dengan sifat dualitas yaitu kekuatan baik dan kekuatan buruk yang sama kuat. Kalau mengetahui cara-cara mengaktifkannya akan menjadi naga yang akan membawa kelimpahan namun kalau salah akan menjadi bencana yang sangat mematikan praktisi feng shui.


Untuk meningkatkan kemakmuran pada tahun naga air ini, usahakanlah memiliki akuarium yang cukup besar diletakkan di sisi Utara atau sisi Timur ruang keluarga. Diletakkan di sektor Tenggara akan mengurangi pengaruh dari 5 yellow pada tahun 2012.



Jadi, kepada kawan-kawan yang balik ke kampung halaman itu, sebelum memulakan perjalanan pastikan anda merancang perjalanan terlebih dahulu, mendapat rehat yang secukupnya dan memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang selamat. Sentiasa la berhati-hati ketika di dalam perjalanan. Jangan jadikan diri anda penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Selain itu juga, sebelum meninggalkan rumah pastikan air dan api (letrik) telah di tutup terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Kunci semua pintu rumah dan maklumkan kepada jiran anda yang anda akan pulang bercuti bagi mengelakkan kes kecurian. 1 lagi, jangan main mercun tau. Bahaya...

Semasa menyambut perayaan pula, biarlah berbelanja secara berhemah dan tidak terlalu membazir. Biarlah sederhana asalkan meriah. Selain itu, sentiasa menjaga kesihatan diri anda selalu

Akhir kata dari kami warga sapsaifm, selamat menyambut tahun baharu cina 2012 kepada yang meraihkannya dan selamat bergembira dari kami untuk semua.. Ini barang mesti mahu tenang, kita kita juga bah.

Kedudukan Carta 20 Sapsaifm Minggu 4

1. Is Sapsai - Diriku Pergi (88%)

2. Kristo Umok - Urat Dawai Tulang Besi (87%)

3. Clarice Sipanul - Pinintutunan (76%)

4. Nick Tudol - Ika Okon Ko Sanganuku (70%)

5. Janrywane J Lusin - Macam Di Kk (66%)

6. Albab Band - Lamunan Silam (60%)

7. Gimmie Superfrenz - Keliru (58%)

8. Wilton Hamdi Gudon - Isai (57%)

9. Jimmy Palikat - Anak Kampung (44%)

10. Ebi Kornelis - Dulu Suka Sekarang Sayang (42%)

11. Freddy K - Urang Bilang (39%)

12. Esther Clement Tubong - Kokompunganku (35%)

13. Marcel Gatisi - Langadku Molohing (31%)

14. E L Mar - Main Tapuk Tapuk (30%)

15. Acai - Anak Separuh Bandar (28%)

16. The Aries - Keteguhanku (25%)

17. Rock N Soul - Terhanyut (0%)

18. Dayang Noraini - Kau Tak Akan Pernah Tahu (0%)

*19. Dj Rumput - Joget So Sweet Ni (Tersingkir)

*20. Ryna - Kada Lihiwai (Tersingkir)

* P.O.P - Ada Hiivai Dandi Toh (Pencalonan Baru)

* Lexband - Bustop (Pencalonan Baru)

Total Voted : 110 orang


P/S:

-Sistem pengadilan kedudukan carta lagu sapsaifm di tentukan melalui undian dan sekerap mana lagu tersebut di minta oleh pendengar untuk di putarkan di radio online sapsaifm.

-Keputusan carta 20 Sapsaifm akan di ketahui setiap hari ahad jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Setiap Minggu ada lagu terkeluar dan ada lagu baru akan di calonkan. Untuk Mengundi lagu kegemaran anda layari kami di http://sapsaifmm.blogspot.com (di bahagian bawah tempat minta lagu, di sebelah kiri blog)

Sabtu, 21 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Marcellus Gatisi -


Lama kita tidak mendengar berita mengenai artis ini kan. Siapa tidak kenal dengan Marcellus Gatisi yang memegang gelaran Bintang Paling Popular dalam rancangan realiti TV Bintang Rtm pada tahun 2004. Beliau adalah penyanyi seangkatan dengan Rina Azhar, Arwah Izwan Pilus dan ramai lagi.

Setelah lama menyepikan diri, akhirnya pada tahun 2011, beliau muncul dengan album baru beliau dan lagu Langadku Molohing adalah lagu yang menjadi hits. Sebenarnya, marcel lama berehat dari industri muzik tanah air bukanlah di sebabkan beliau merajuk dengan industri hiburan tetapi beliau banyak mengikuti pertandingan nyanyian dan memenuhi undangan nyanyian di luar negara (Indonesia dan Brunei).

Berbekalkan suara merdu yang mirip dengan Micheal Buble (masih terbayang-bayang marcel pernah menyanyi dan menari lagu sway), marcel adalah seorang artis yang cukup merendah diri serta senang bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Paling penting, marcel ni seorang yang kuat ingatan. Hahahahaha...

Cuma yang agak menjadi misteri sekarang ini, artis ini tidak pernah memberi ulasan mengenai 'Relationship' dengan mana-mana perempuan. (Barangkali dia masih sibuk fokus dengan kerja kot heheheheheh).

Khabar terbaru mengenai artis ini, admin di maklumkan pada tahun 2012 ini, beliau akan muncul dalam Album Projek Amal Kompilasi Artis Sabah di bawah kelolaan Magus8Entertaiment beberapa artis sabah terkenal yang menjadi rakan artis sapsaifm seperti Esther Clement Tubong, Rozza Rothman, dan ramai lagi.. Lagu yang akan di nyanyikan oleh marcel ialah 'Songkuro Pinodi dan juga Numbur.

Jadi, di sini admin akan berikan sekali profile mengenai marcel dan sedikit demo lagu baru yang akan marcel nyanyikan buat tatapan peminat dan juga pendengar semua...


Nama Sebenar: Marcellus Gatisi

Nama Komersial :Marcel Gatisi

Tarikh Lahir : 2hb April 198_ (kamu teka la sendiri di hujung tu numbur ahahahaah)

Tempat Lahir :Q.E.H Kota Kinabalu

Alamat Email: oyomarcel@yahoo.com

Alamat Facebook:http://www.facebook.com/marcel.oyoe

Bangsa : Dusun

Bilangan adik beradik: Last place dari 5 adik beradik

Hobi: Menyanyi, Gardening & buat kuih hahahahahhaha (makan sendiri punya)

Mengenai Marcel dan aktiviti: (Karangan Dari Si Marcel ni ekekekekeke)

- Suka berniaga...apa saja tulak yg jual diri hahahahah

-Home boy..kkakakak saya suka duduk di rumah kalau tiada buat apa-apa.

-Gardening.... sa suka tanam2 tumbuhan ne... hahahha sebab dari kecil sa selalu tengok mama & bapa saya tanam sayur... macam siok bah.. bila jadi tu tanaman...nah kepuasan tu ada...(siuk tau)
Pencapaian

Pencapaian dalam bidang seni suara:

1.Mewakili Malaysia dalam Pertandingan Realiti Televisi Indonesia (TPI)

-Kontes Dangdut Indonesia KDI4 (Musim 4)

-Tersenarai Sebagai Finalis 22 Besar setelah Saringan akhir 56 Besar peserta.

-Konsert ke-10 adalah konsert terakhir Marcel setelah tersingkir dari persaingan akibat kurang undian sms dari penonton terutamanya penonton Malaysia kerana siaran ini cuma boleh ditonton melalui parabola. Walaupun begitu Marcel tetap berbangga kerana dapat memikat hati penonton indonesia untuk mengirim undian sms kepadanya dan bertahan hingga ke konsert yang ke-10

-Kedudukan akhir 13/22 finalis

-Tamat pertandingan Marcel diterima untuk menandatangani kontrak selama 2 tahun (2007-2009) di bawah naungan syarikat Media Citra Nusantara (MNC) yang mana sekarang ini dibawah kelolaan Star Media Nusantara (SMN)

2.Mewakili Sabah dalam Pertandingan Peringkat Nasional/kebangsaan
-Bintang RTM 2004
-Dinobatkan sebagai Peserta akhir BRTM paling Popular melalui undian sms penonton.

3.Mewakili Sabah dalam Pertandingan peringkat nasional/kebangsaan
-Bintang Irama Malaysia 2010
Finalis

4.Mewakili sabah dalam Pertandingan Peringkat Nasional/kebangsaan
-Sinaran Pasport Kegemilangan 1997

5.Mewakili sabah dalam Pertandingan Peringkat nasional/kebangsaan
-Sinaran Pasport Kegemilangan 2000 (Nyanyian & Lawak jenaka)

6.Mewakili Sekolah & Daerah dalam pertandingan
-Bintang Kecil 1988 hingga 1992 (wakil S.R.K Stella Maris Tg.Aru)

Undangan/persembahan:
-Pernah mengisi Undangan nyanyian di Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia
-Mengisi undangan nyanyian function sektor awam &swasta
-Mengisi undangan untuk persembahan televisyen kelolaan RTM malaysia, TPI Indonesia yakni MNCtv.

Rabu, 18 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Esther Clement Tubong



Sekali lagi, admin mau memperkenalkan artis ini untuk tatapan semua pendengar sapsaifm dan juga pencinta lagu tempatan serta peminat artis tempatan sabahan kita. Adapun, pemilik gambar wajah yang santik ini adalah bukan seorang model (hahahhaha sempat lagi menguluk) tapi beliau adalah salah seorang artis yang memang terkenal di kalangan peminat lagu dusun/kadazan khasnya dan sabahan umumnya.


Menggunakan nama komersial sebagai esther (bukan esther OIAM arrr.. bukan juga lagu ronn langad- esther heheheeh tiada kena mengena), artis ini  seorang yang cukup merendah diri dan tidak lokek dengan senyuman. Beliau juga sangat peramah walaupun dengan sesiapa saja (jangan pula kamu pok silap nanti kena bagi PJJ = Penerajang Jarak Jauh ahahahah).

Berketurunan kadazan dan mempunyai 4 orang adik beradik (sama la macam admin walaupun tiada di tanya hahahha), beliau gemar menari, menyanyi dan pergi ke gym (tingu kamu itu, orang gym ni biasa angkat besi jaga-jaga) pada waktu lapang beliau.

Menurut artis kelahiran penampang ini lagi, beliau sangat selesa melakukan kerja amal kerana dengan cara ini la beliau dapat membantu golongan kurang upaya dan dapat berbakti kepada masyarakat. selain itu, penyanyi yang popular menerusi lagu kokompungan ini juga mudah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan serius admin cakap artis ni walaupun sudah popular tapi senang jadi kawan dia.

Berita terbaru mengenai esther pula, beliau kini terlibat dalam menyiapkan album kompilasi Projek Amal Artis Sabah di bawah naungan Magus8Entertaiment menerusi lagu yang bertajuk Au Ababasan. Beliau berharap supaya orang ramai dapat menyokong usaha beliau bersama dengan beberapa lagi artis tempatan sabahan.


Menurut beliau lagi, lagu melayu pertama beliau sudah lama di keluarkan yang bertajuk 'Kau Mahukanku' dan anda boleh dengar di radio Erafm, SuriaFm dan sudah semestinya di Sapsaifm ini la kan. Beliau berharap lagu melayu beliau ini akan mendapat sambutan kerana ini adalah percubaan pertama beliau mendendangkan lagu berbahasa melayu. 

Jadi beliau mengharapkan sokongan daripada kita semua dengan membantu mengundi lagu beliau di dalam carta. Baiklah, di sini admin selitkan sedikit profile mengenai beliau untuk tatapan peminat (minta maaf sebab tidak sertakan sekali demo nyanyian beliau. Kalau belum kena upload di youtube demo dia, admin tidak berani mau memandai-mandai pula buat link).

Nama Sebenar: Esther Clement Tubong

Nama Komersial : Esther

Tarikh Lahir : 1.12.19.. (biarlah tahun dia di rahsiakan hahahahahh)

Tempat Lahir :Penampang

Alamat Email: trueme1277@gmail.com

Alamat Facebook: Esther Clement Tubong(penuh), Esther Clement Tubong II, Esther Clement Tubong Tambahutku Koupusanku (page)

Bangsa : Kadazan

Bilangan adik beradik: 4

Hobi: Menari, Menyanyi n gym

Aktivi: (Karangan original dari esther hahahahahaah)

- aktiviti yg sya slalu buat kalu x sibuk jaga anak2..sya lepak sama kwn2 yg tercinta..sonooo upperstar or texas..:) dan sy suka bersukan..kalo ada wall climbing ka..tresure hunt ka
pigi pulau ka..yg lasak2..tulak naik gunung kinabalu..hehehheeh..sya uda smpai kemuncak..tidak mau lagi naik..bikin takut…hehehheeh
 
- sya suka buat kerja amal..tapi bukan yang besar2ran punya lah…kalo dapat kumpul duit sikit ok la tu..ada bikin derma yg memerlukan..

Pencapaian

- Lagu 'Kokompunganku' telah memasuki dalam Carta 10 Lagu Popular Kadazan  Sabahvfm RTM dan mendapat undian terbanyak 18 minggu dtempat pertama.
Bertanding dalam Carta Lagu Popular Kadazan 2009/2010 dan memenangi Anugerh Persembahan Terbaik RTM 2009/2010
(itu jak lah, yg lain2 tu x payah ler..kan) heheheheh…

Isnin, 16 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm -Rozza Rothman -



 Mungkin ramai yang sudah tahu tentang artis ini dan mugkin ada juga yang masih tertanya-tanya siapa ka gerangan pemilik wajah ini. Baiklah, kepada kawan-kawan yang masih belum tahu, pemilik wajah gambar ini ialah Rozza Rothman. Beliau adalah artis tersohor sabah pada ketika dulu dan masih aktif sehingga sekarang.

Dilahirkan di kota kinabalu pada 6 mei .... (tahun kelahiran di rahsiakan hahahahahah) beliau lebih gemar membawakan muzik yang berentak Pop, R& B, Balada, Jazz, Rock Dan Contemporary.

Berkenaan dengan rozza pula, beliau adalah artis yang berpengalaman selama 21 tahun dalam industi hiburan khususnya dan pernah merakamkan album di KL pada tahun 1997 di bawah naungan NAR Record. Album beliau telah diterbitkan oleh Fauzi Marzuki, Johan Nawawi dan Adnan Abu Hassan (nama besar dalam industri hiburan di malaysia).

Selain itu, beliau juga telah menjadi residen RTM Sabah sejak tahun 1991. Pada tahun 2011, beliau telah melancarkan album kompilasi tempatan bersama Clarice John Martha, Lydia Kalidin dan Meeda Hamzani (Sri Bayu).

Berita terbaru mengenai artis ini ialah beliau bersama beberapa artis tempatan sabah yang lain akan muncul dengan album kompilasi (Projek Amal Artis Sabah) di bawah naungan Magus8Entertaiment iaitu kelolaan saudara Nick Tudol. Di Bawah ini adalah sedikit info mengenai beliau.

 

Nama  Komersial          :           Rozza
Tarikh  Lahir                 :           6 May           
Tempat  Kelahiran       :           Kota Kinabalu
Genre                             :           Pop, R&B, Ballad, Jazz, Rock, Contemporary
Facebook                       :           Rozza Rothman
Link  ‘Youtube”            :           Search  ‘Rozza 1997’


(2) Mengenai Rozza
ü Berpengalaman  selama  21  tahun  di dalam  bidang  seni

ü Merakamkan  Album  di  Kuala  Lumpur  pada  tahun  1997  di bawah  naungan  syarikat  rakaman  NAR  Records.  Album  ini  diterbitkan  oleh  Fauzi  Marzuki,  Johan  Nawawi  dan  Adnan  Abu  Hassan
ü Residen  Artis  RTM  Sabah  sejak  tahun  1991

ü Melancarkan  album  kompilasi  tempatan  bersama  Clarice  John  Matha,  Lydia  Kalidin  dan  Meeda  Hamzani  (Sri Bayu)  pada  tahun  2011

ü Akan  muncul  dengan  album  kompilasi  terbaru  (Projek  Amal  Artis  Sabah)  bersama-sama  Ebi  Kornelis,  Lydia  Kalidin,  Marcell  Gatisi,  Esther  Clement  Tubong  dan  lain-lain.  Bakal  dilancarkan  pada  tahun  2012



(3) Pertandingan Yang Disertai


ü Johan
SUGANDOI KAAMATAN, PERINGKAT  NEGERI  SABAH 1995
(Dulunya  dikenali  sebagai  Pertandingan  Bintang  Kaamatan)

ü Naib  Johan
RTM GEMA WARISAN, PERINGKAT  NEGERI  SABAH  1995

ü Tempat  Ketiga
PERTANDINGAN LAGU-LAGU PUISI, PERINGKAT  KEBANGSAAN 1998



Persembahan di Hotels/Kelab, dll
C   Matahari  Jammers
MATAHARI  BISTRO,  Kuala  Lumpur                                                        1997
C   Classic  Moment  Trio
EASTIN  HOTEL,  Petaling  Jaya                                                                   1998
C   D’Santos  Jazz
EASTIN  HOTEL,  Petaling  Jaya                                                                   1999
C   Right  Track
EL  NINO,  Kuala  Lumpur                                                                                  “
C   Bali’s  Jazz  Quartet
BALI  CLUB,  Petaling  Jaya                                                                                “
C   Aries  Band
REGENCY  HOTEL  &  RESORT,  Port  Dickson                                     2000
C   Aries  Band
CROSSROAD  LOUNGE,  Kuala  Lumpur                                                   2001
C   Gems
SHERATON  HOTEL,  WP  Labuan                                                              2003
C   Creative  Mood
SHERATON  HOTEL,  WP  Labuan                                                              2004
C   Magic  Two
HYATT  REGENCY  KINABALU, Kota  Kinabalu                                     2004
C   Rush  Hour         
SUTERA  HARBOUR  RESORT,  Kota  Kinabalu                                      2005
C   Electric  Avenue
BEVERLY  HOTEL,  Kota  Kinabalu                                                                “
C   Superfriends
BEVERLY  HOTEL,  Kota  Kinabalu                                                                “
C   Superfriends
HYATT  REGENCY  KINABALU,  Kota  Kinabalu                                    2006

(5) Persembahan Solo [Majlis-Majlis Makan Malam Korporat, Agensi Kerajaan dll (secara rawak)]
Ø   F1  Welcoming  Dinner  Show                                                               
Ø   FIFA  and  FAM  Welcoming  Dinner  Show                                     
Ø   YAM  Sultan  Pahang  Birthday                                                 
Ø   Sultan  Brunei’s  Nephew  Birthday  Dinner                                               
Ø   Majlis  Bersama  Menteri  Penerangan  Malaysia                          
Ø   Majlis  Makan  Malam  Penghargaan  Majlis  Wanita  Sabah
Ø   Majlis  Makan  Malan  “Sodop  Unduk  Kaamatan  Tuaran”
Ø   Majlis  Jamuan  Teh  Meraikan  Para  Ibu  (Kementerian  Pembangunan  Masyarakat  &  Hal  Ehwal  Pengguna  Sabah)
Ø   Majlis  Penghargaan  dan  Tahunan  PPPN  (I.C.U  Jabatan  Perdana  Menteri)
Ø   Perasmian  PERMATA  Negara  Daerah  Tuaran  oleh  YABhg  Isteri  Perdana  Menteri
Ø   Majlis  Makan  Pertanian  Sabah  2011
Ø   Dan  banyak  lagi



(6) EMCEEING  [Untuk majlis-majlis utama,(secara rawak)]
  PERTISA  Sabah  Road  Tour  2004

  Majlis  Anugerah  Artis-Artis  Sabah  2004

  Land  Rover  (Sabah)  Launching  Ceremony - Officiated  by TYT Neg. Sabah

 ¶  Pesta  Kaamatan  USDA  Peringkat  Negeri  Sabah  2007

  AVON  Sabah  Recognition  Awards  2007

  Perayaan  Pesta  Kaamatan  Peringkat  Negeri  Sabah  2008

  Pertandingan  Nyanyian  Bakat  Merdeka  Sempena  Sambutan  Hari  Kebangsaan  Ke 51,  Peringkat  Negeri  Sabah  2008

  Sambutan  Hari  Malaysia  Peringkat  Kebangsaan  2008

  Majlis  Anugerah  Artis-Artis  Sabah  2008

  Official  Launching  Ceremony  of  Transform  10  Sabah  2010  (Malaysia  Health  Ministry)

  Official  Launching  Ceremony  of  Sabah  Folkart  Exhibition  2010

  Prima  Akustika  State  Level  Finale  2010

  SEDCO  Annual  Dinner  “A  Night  To  Remember”  2010

  AVON  Sabah  Recognition  Awards  2011

  Official  Launching  Harian  Metro  Edisi  Sabah  2010

  6th  Sabah  International  Folklore  Festival  2011

  Karnival  Belia  Gegar  IV  Tuaran  2011

  Majlis  Rumah  Terbuka  Menteri  Kerajaan  Tempatan  &  Perumahan Negeri  Sabah  2011

  Kota  Kinabalu  Fashion  Week  2011

  Corporate,  Private,  Wedding  Functions  and  Etc


(7) Members
v  PAPITA
Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air        (Ahli)

v  KARYAWAN 
Persatuan  Karyawan  Malaysia                        (Ahli)

v  PERTISA
Persatuan  Artis  Tempatan  Sabah                  (Ahli Majlis)

v  MAJLIS KESENIAN NEGERI SABAH                   (Timb.Presiden III)


Hebat kan pencapaian dia kawan-kawan. Kalau rasa-rasa mau jadi artis, bulih ni beguru sama dia dulu tapi jgn lupa bawa maggi kari 3 bungkus sama telur 3 biji bikin pengeras ahahahha... just kidding hahaha. Lastly, admin mau kasi dengar kamu sikit lagu dia yang akan keluar pada tahun ini yang terdapat dalam album kompilasi artis sabah (projek amal Artis Sabah) tajuknya Oupus Oku Diya.