Sapsai.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


Get the Flash Player to see this player.
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Khamis, 5 Januari 2012

Radio Online Sapsaifm, Artis Sabah Dan The Body Shop Membuat lawatan amal sambil menderma










Lawatan kerja amal bersama The Body Shop staff pada 19hb November, Sabtu @ 10.30 pagi.
Program lawatan amal sambil menderma adalah kolaborasi di antara The Body Shop, Magus8Entertainment (Peserta Album Kompilasi Artis Sabah) dan Sapsaifm online radio.

Penerbitan “ALBUM KOMPILASI - PROJEK AMAL ARTIS SABAH."
1. Untuk tujuan beramal iaitu hasil jualan daripada kompilasi ini kelak akan diagih-
agihkan kepada badan-badan yang memerlukan seperti Anak Yatim, Rumah
Orang tua dan lain-lain persatuan/badan yang memerlukan.
2. Untuk memberi sokongan kepada industri musik dan hiburan Negeri Sabah dengan
lagu-lagu terbaru artis-artis Sabah. 



Sedikit ulasan dari pihak sapsaifm:

Program seumpama ini seharusnya menjadi satu budaya di mana kita hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain. Dalam kegembiraan jangan di lupakan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Selalunya artis hanya di kaitkan dengan popular, glamer dan mendapat jualan album yang menggalakkan. Tetapi kini anda boleh menukar presepsi anda sekarang kerana semakin ramai artis yang melakukan kerja amal. Program ini di sertai oleh artis sabah seperti ebi kornelis (dulu pakai nama ebi af5), marcellus gatisi Bintang RTM, Clarice John Martha, Esther Clement Tubong, Lydia kalidin, Clarice Sipanul dan ramai lagi artis sabah yang lain. Kumpulan artis sabah ini di ketuai oleh saudara Nick Tudol yang juga merupakan seorang penyanyi/komposer dan producer kepada kompilasi lagu artis sabah dan juga pemilik kepada magus8Entertaiment.

Selain itu, kehadiran syarikat The Body Shop sebagai penaja utama kepada program ini turut menyediakan bantuan seperti keselesaan tempat tidur dan juga makanan kepada keluarga yang malang dalam program ini. Dj Ateh juga sempat di beritahu, rupa-rupanya semua produk atau barang keluaran syarikat ini merupakan hasil tangan dan sentuhan orang-orang miskin di luar negara (Afrika klu dj ateh tidak silap). Memang satu usaha murni dan dj ateh tidak akan teragak-agak untuk turut serta kalau ada undangan sekali lagi. Di harapkan di masa-masa akan datang, lebih ramai lagi syarikat swasta atau kerajaan atau persatuan dapat turut serta atau menganjurkan program seumpama ini.

Sebagai radio rasmi magus8entertaiment, Sapsaifm merasa sangat bangga kerana dapat turut serta dalam bahagian yang begitu suci ini. Mana tidaknya, walaupun setakat radio online yang pendengarnya kebanyakkan remaja dan merupakan sebuah radio online yang masih mula merangkak dalam industri hiburan di sabah senang cakap komuniti kecil la (untuk makluman sapsaifm merupakan radio online naungan utarafm), Sapsaifm diberikan peluang dan penghormatan yang begitu besar sekali oleh rakan artis sapsaifm. Terima kasih kepada saudara nick tudol yang invite sapsaifm. Di harapkan selepas ini, sama ada radio konvensional mahupun radio online yang lain juga, akan mengadakan program sumpama ini dan bukan bertumpu untuk hiburan semata-mata sahaja. Apapun kami di sapsaifm pastinya akan terus menyokong perkara baik ini dan pasti akan membantu artis sabahan terutamanya yang kurang di kenali untuk berada di puncak apa yang termampu dan memberikan anda hiburan di tahap yang maksima serta menjadi pusat latihan dalam penghasilan penyampai radio online yang mantap.

sekian dari pengarang, Ateh Wildan.... Ini barang mesti mahu tenang, Kita-kita juga bah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan