Sapsai.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


Get the Flash Player to see this player.
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Sabtu, 21 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Marcellus Gatisi -


Lama kita tidak mendengar berita mengenai artis ini kan. Siapa tidak kenal dengan Marcellus Gatisi yang memegang gelaran Bintang Paling Popular dalam rancangan realiti TV Bintang Rtm pada tahun 2004. Beliau adalah penyanyi seangkatan dengan Rina Azhar, Arwah Izwan Pilus dan ramai lagi.

Setelah lama menyepikan diri, akhirnya pada tahun 2011, beliau muncul dengan album baru beliau dan lagu Langadku Molohing adalah lagu yang menjadi hits. Sebenarnya, marcel lama berehat dari industri muzik tanah air bukanlah di sebabkan beliau merajuk dengan industri hiburan tetapi beliau banyak mengikuti pertandingan nyanyian dan memenuhi undangan nyanyian di luar negara (Indonesia dan Brunei).

Berbekalkan suara merdu yang mirip dengan Micheal Buble (masih terbayang-bayang marcel pernah menyanyi dan menari lagu sway), marcel adalah seorang artis yang cukup merendah diri serta senang bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Paling penting, marcel ni seorang yang kuat ingatan. Hahahahaha...

Cuma yang agak menjadi misteri sekarang ini, artis ini tidak pernah memberi ulasan mengenai 'Relationship' dengan mana-mana perempuan. (Barangkali dia masih sibuk fokus dengan kerja kot heheheheheh).

Khabar terbaru mengenai artis ini, admin di maklumkan pada tahun 2012 ini, beliau akan muncul dalam Album Projek Amal Kompilasi Artis Sabah di bawah kelolaan Magus8Entertaiment beberapa artis sabah terkenal yang menjadi rakan artis sapsaifm seperti Esther Clement Tubong, Rozza Rothman, dan ramai lagi.. Lagu yang akan di nyanyikan oleh marcel ialah 'Songkuro Pinodi dan juga Numbur.

Jadi, di sini admin akan berikan sekali profile mengenai marcel dan sedikit demo lagu baru yang akan marcel nyanyikan buat tatapan peminat dan juga pendengar semua...


Nama Sebenar: Marcellus Gatisi

Nama Komersial :Marcel Gatisi

Tarikh Lahir : 2hb April 198_ (kamu teka la sendiri di hujung tu numbur ahahahaah)

Tempat Lahir :Q.E.H Kota Kinabalu

Alamat Email: oyomarcel@yahoo.com

Alamat Facebook:http://www.facebook.com/marcel.oyoe

Bangsa : Dusun

Bilangan adik beradik: Last place dari 5 adik beradik

Hobi: Menyanyi, Gardening & buat kuih hahahahahhaha (makan sendiri punya)

Mengenai Marcel dan aktiviti: (Karangan Dari Si Marcel ni ekekekekeke)

- Suka berniaga...apa saja tulak yg jual diri hahahahah

-Home boy..kkakakak saya suka duduk di rumah kalau tiada buat apa-apa.

-Gardening.... sa suka tanam2 tumbuhan ne... hahahha sebab dari kecil sa selalu tengok mama & bapa saya tanam sayur... macam siok bah.. bila jadi tu tanaman...nah kepuasan tu ada...(siuk tau)
Pencapaian

Pencapaian dalam bidang seni suara:

1.Mewakili Malaysia dalam Pertandingan Realiti Televisi Indonesia (TPI)

-Kontes Dangdut Indonesia KDI4 (Musim 4)

-Tersenarai Sebagai Finalis 22 Besar setelah Saringan akhir 56 Besar peserta.

-Konsert ke-10 adalah konsert terakhir Marcel setelah tersingkir dari persaingan akibat kurang undian sms dari penonton terutamanya penonton Malaysia kerana siaran ini cuma boleh ditonton melalui parabola. Walaupun begitu Marcel tetap berbangga kerana dapat memikat hati penonton indonesia untuk mengirim undian sms kepadanya dan bertahan hingga ke konsert yang ke-10

-Kedudukan akhir 13/22 finalis

-Tamat pertandingan Marcel diterima untuk menandatangani kontrak selama 2 tahun (2007-2009) di bawah naungan syarikat Media Citra Nusantara (MNC) yang mana sekarang ini dibawah kelolaan Star Media Nusantara (SMN)

2.Mewakili Sabah dalam Pertandingan Peringkat Nasional/kebangsaan
-Bintang RTM 2004
-Dinobatkan sebagai Peserta akhir BRTM paling Popular melalui undian sms penonton.

3.Mewakili Sabah dalam Pertandingan peringkat nasional/kebangsaan
-Bintang Irama Malaysia 2010
Finalis

4.Mewakili sabah dalam Pertandingan Peringkat Nasional/kebangsaan
-Sinaran Pasport Kegemilangan 1997

5.Mewakili sabah dalam Pertandingan Peringkat nasional/kebangsaan
-Sinaran Pasport Kegemilangan 2000 (Nyanyian & Lawak jenaka)

6.Mewakili Sekolah & Daerah dalam pertandingan
-Bintang Kecil 1988 hingga 1992 (wakil S.R.K Stella Maris Tg.Aru)

Undangan/persembahan:
-Pernah mengisi Undangan nyanyian di Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia
-Mengisi undangan nyanyian function sektor awam &swasta
-Mengisi undangan untuk persembahan televisyen kelolaan RTM malaysia, TPI Indonesia yakni MNCtv.

1 ulasan: