Sapsai.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


Get the Flash Player to see this player.
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Ahad, 18 Mac 2012

Kisah benar Sejarah Kehidupan Sylvester Stallon untuk di renungkan



Kisah Sylvester Stallone ini dipetik daripada buku “Master Your Mind, Design Your Destiny, tulisan Adam Khoo”.

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. 

Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.
Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan.

 Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.

Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. 
Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.

Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.

Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.

Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.

Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”

Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.

Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.

Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.

Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan. Antara filem Stallone yang menyusul selepas itu adalah First Blood, Rambo dan Rocky II.Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.

Jumaat, 16 Mac 2012

Pencarian Duta D'million Power PUTRI KOPRAT





1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 18 hingga 26 tahun.
3. Pendidikan minimum SPM.
Pencarian Putri Koprat 1Sabah menawarkan beberapa hadiah untuk dimenangi oleh peserta


1. Putri Koprat 1Sabah akan menerima wang tunai sebanyak RM2,000 dan akan dilantik sebagai Duta Produk D'Million Power dengan kontrak sambilan selama 12 bulan. Duta akan dibayar elaun tetap sebanyak RM1,500 setiap bulan selama dalam kontrak. Hadiah ini utama ini keseluruhannya bernilai RM20,000.
2. Top 9 akan menerima wang tunai RM350 dan akan ditawarkan peluang kerjaya oleh syarikat.
3. Top 20 - 11 akan menerima RM50 dan peluang untuk bekerjasama dengan syarikat.
4. Top 50 akan berpeluang untuk menjadi popular melalui rangkaian kerjasama rasmi kami dengan akhbar-akhbar utama termasuk Harian Metro yang pada masa ini menyediakan ruang Putri Metro.
5. Pengunjung website iRealiti.com berpeluang memenangi pelbagai hadiah melalui peraduan-peraduan yang kami adakan sepanjang pencarian ini dijalankan.

1. Peringkat pertama ialah pendaftaran secara online. Isikan butiran yang dengan lengkap dan hantarkannya ke email rasmi pendaftaran kami.
2. Peringkat kedua ialah penapisan untuk memilih Top 50 melalui undian di iRealiti.com sebanyak 70% dan penilaian juri profesional sebanyak 30%.
3. Peringkat ketiga ialah pemilihan Top 20 daripada 50 peserta yang akan dipanggil untuk ujian dalam satu acara khas. 20 peserta ini akan menjalani photo dan video shoot untuk dipertandingkan di peringkat seterusnya.
4. Peringkat empat ialah pemilihan Top 10 daripada 20 peserta melalui undian di iRealiti.com dan Youtube. Undian akan mewakili 50% manakala penilaian juri profesional sebanyak 50%.
5. Peringkat kelima ialah peringkat akhir bagi memilih Putri Koprat 1Sabah dari 10 peserta yang layak ke peringkat ini. Peserta diperingkat ini akan menjalani pelbagai aktiviti bersama syarikat seperti road show, khidmat masyarakat dan sebagainya. Para peserta juga akan diserapkan ke Akademi Putri Koprat selama 20 hari sebelum diadili secara profesional dalam satu acara berprestij bagi memilih Putri Koprat 1Sabah dan seterusnya pelantikan sebagai Duta Produk D'Million Power.


Pertandingan ini tidak menjadikan rupa paras dan bentuk fizikal sebagai asas memilih pemenang seperti yang biasa dibuat dalam mana-mana pertandingan peragaan. Perkiraan lebih kepada keperibadian, jati diri dan kesungguhan untuk maju dalam dunia koprat.





Seramai 10 peserta akan diserapkan ke Akademi Putri Koprat selama 20 hari. Semua perbelanjaan selama dalam akademi akan ditanggung oleh penganjur termasuk tambang peserta ke akademi ini. Dalam tempoh itu peserta akan didedahkan kepada dunia perniagaan dan peragaan di samping banyak lagi ilmu yang akan dikongsikan kepada peserta. Antara pengisian yang akan dilalui oleh peserta ialah latihan menjadi peragawati profesional, ceramah motivasi koprat, pengetahuan dalam dunia IT dan persediaan menghadapi dunia glamor serta banyak lagi kejutan kepada peserta.


NOTA : Syarat dan terma ini boleh berubah pada bila-bila masa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Sila kunjungi selalu laman ini untuk kemaskini info anda berkaitan syarat dan terma program kami.

Jumaat, 2 Mac 2012

Pengambilan Penyampai Radio Online (Dj) kini dibuka di Sapsaifm

Berita baik kepada sesiapa yang ingin mencuba bakat atau ingin menimba ilmu dalam bidang penyampaian radio online. Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi warga penyampai radio online Sapsaifm secara sambilan dan merasai sendiri pengalaman untuk menjadi penyampai radio amatur dan profesional. Pengambilan adalah sepanjang masa. Butir butir dan syarat adalah seperti di bawah ini :-

Syarat Syarat

1. Fasih berbahasa melayu

2. Mempunyai pengetahuan dalam bidang IT (Diutamakan)

3. Sanggup bekerja secara sukarela (Tiada Gaji)

4. Aktif online (aktif melayari internet)

5. Sebelum menjadi penyampai radio, hendaklah aktif memasuki Ruangan Chatting sapsaifm sekurang kurangnya 1 minggu.

6. 2 Bulan percubaan sebelum di iktiraf menjadi penyampai radio tetap di Sapsaifm

7. Tidak memerlukan pengalaman atau kelulusan. Cukuplah mengetahui basic IT (Programer dan Software)

8. Boleh menerima kritikan yang membina dan senang bekerjasama.

9. Tiada had umur (kepada budak sekolah minta izin beliau la dulu dan kepada yang ada suami/isteri/couple tu minta izin la dulu
dengan pasangan) 

10. Rajin, Kretif dan sentiasa berusaha
 
11. Hal hal lain mengikut terma dan syarat pihak pentadbiran Sapsaifm

 
Kelebihan Menjadi Penyampai Radio Online Sapsaifm

1. Mengetahui bakat diri sama ada berkebolehan atau tidak dalam bidang pengacaraan.

2. Dapat pahala (hahahaah) dan berbuat baik kerana menggembirakan pendengar sapsaifm.

3. Mendapat pengalaman dalam bidang pengacaraan dan menjadikan ini sebagai medium kekuatan anda apabila pergi interview menjadi penyampai radio yang sebenar.

4. Akan mendapat ramai kawan

5. Lu fikir la sendiri hahahahahah

Sekiranya anda berminat sila download link yang berwarna merah di bawah ini dan ikuti arahan yang tertera serta hubungi Dj Ateh Wildan untuk tindakan lanjut.

Sila Download di bawah ini (Klik saja):
 
3.Skype