Sapsai.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


Get the Flash Player to see this player.
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Khamis, 23 Februari 2012

Kempen Undi Ebi Af5 untuk melayakkan diri ke Rancangan Mania Anjuran Astro Ria



Baru baru ini admin terdengar di erafm bahawa terdapat 1 pertandingan baru akan di wujudkan di saluran 104 astro ria yang di panggil sebagai 'MANIA' yang mana menampilkan 3 penerbit iaitu M.Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey.

 MANIA adalah Sebuah pertandingan nyanyian yang menyenaraikan barisan artis terkenal bergandingan dengan ikon-ikon penerbitan muzik tersohor. Sepanjang 10 minggu pertandingan ini berlangsung, para penonton akan dapat menyaksikan hasil gandingan artis terkenal dengan ikon penerbitan muzik ini di pentas. 

 Selain itu satu segmen yang dipanggil sebagai HOT SEATS iaitu 20 peserta tersenarai dalam Hot Seats bagi mengisi 3 lagi tempat dalam MANIA. Undian secara online dilakukan oleh penonton untuk memilih artis kegemaran mereka yang akan menyertai 12 peserta MANIA yang telah terpilih. 

Undian bermula pada jam 5 petang, 20 Februari 2012 sehingga jam 12 tengah hari, 16 Mac 2012. 

Apa yang menarik minat admin di sini, seorang kawan baik admin iaitu Ebi Af5 turut tersenarai dalam HOT SEATS ini yang bermakna beliau memerlukan undi di kelompok 3 teratas untuk bertanding bersama artis yang lain. 

 Jadi, di sini admin ingin merayu dan meminta jasa baik kawan kawan semua supaya dapat membantu kawan admin ini beraksi di MANIA kerana admin di fahamkan sekiranya Ebi Af5 berjaya masuk ke rancangan ini, beliau akan berusaha untuk mengetengahkan lagu dan budaya sabah di mata MALAYSIA.

 Seharusnya, usaha murni beliau ini mendapat sokongan dan pujian dari kita semua kerana ini adalah risiko yang dia ambil oleh beliau sekiranya Ebi Af5 di terpilih dalam kelompok 3 teratas undian. Untuk mengundi Ebi Af5 sila klik link warna merah iniUndi Ebi Af5 

 Sapsaifm menyokong perjuang ebi kornelis/ Af5 dan kami ucapkan semoga berjaya kepada beliau. Harap harap kalau terpilih di sebut jugalah nama radio ni hahahahha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan