Kali ini admin mau share sama kamurang satu cerita mengenai hari kekasih atau lebih di kenali sebagai Valentine's day. Bagi yang beragama islam itu, inilah jawapan untuk anda kenapa orang islam itu di haramkan menyambut Hari Kekasih. Kepada yang bukan beragama islam pula, di harapkan apa yang admin paparkan pada kali ini tidak menyentuh isu sensetiviti anda dan anggaplah cerita ini sebagai pengetahuan am bersama sahaja ya.
Sejarah Sambutan Hari Valentine
Bila
kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita
akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.
- Pendapat pertama
mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan
agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara
penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari
pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno
Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama
gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah
kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut
dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam
kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan
seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta
perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini
mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan
memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah
binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah
itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda
tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di
laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut
untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan
menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua
mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan
Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan
dengan St. Valentine ini.
Versi pertama.
Pada
masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi
amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah
dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar
menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut
dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun
dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di
kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan
penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh
Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya
dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh
St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu
pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah
St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut
Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan
juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan
anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum
dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut
yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka
orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan
hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St.
Valentine.
Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih
bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan
berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II
menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian
St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan
upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.
Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu
beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14
Februari 269 M.
- Pendapat ketiga.
Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol.
St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam
usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan
beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14
Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap
pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah
agama yang zalim.
- Pendapat keempat.
Sambutan
hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan
burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi
orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa
asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan
budaya serta agama bagi umat Islam.
Bagi pendapat admin sendiri la kan, hari valentine itu sebenarnya bukan budaya orang kita kerana ini adalah budaya orang barat. Selain itu, kalau pun ingin menyambut hari kekasih tidak perlu la menunggu hari ini untuk bersikap romantik atau berkasih sayang sebaliknya biar la perasaan kasih dan sayang sayang itu di luahkan setiap hari dan tidak perlu menunggu 1 tarikh yang istemewa agar sesuatu hubungan itu sentiasa melayari hari bahagia.