Sapsai.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


Get the Flash Player to see this player.
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Rabu, 18 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Esther Clement Tubong



Sekali lagi, admin mau memperkenalkan artis ini untuk tatapan semua pendengar sapsaifm dan juga pencinta lagu tempatan serta peminat artis tempatan sabahan kita. Adapun, pemilik gambar wajah yang santik ini adalah bukan seorang model (hahahhaha sempat lagi menguluk) tapi beliau adalah salah seorang artis yang memang terkenal di kalangan peminat lagu dusun/kadazan khasnya dan sabahan umumnya.


Menggunakan nama komersial sebagai esther (bukan esther OIAM arrr.. bukan juga lagu ronn langad- esther heheheeh tiada kena mengena), artis ini  seorang yang cukup merendah diri dan tidak lokek dengan senyuman. Beliau juga sangat peramah walaupun dengan sesiapa saja (jangan pula kamu pok silap nanti kena bagi PJJ = Penerajang Jarak Jauh ahahahah).

Berketurunan kadazan dan mempunyai 4 orang adik beradik (sama la macam admin walaupun tiada di tanya hahahha), beliau gemar menari, menyanyi dan pergi ke gym (tingu kamu itu, orang gym ni biasa angkat besi jaga-jaga) pada waktu lapang beliau.

Menurut artis kelahiran penampang ini lagi, beliau sangat selesa melakukan kerja amal kerana dengan cara ini la beliau dapat membantu golongan kurang upaya dan dapat berbakti kepada masyarakat. selain itu, penyanyi yang popular menerusi lagu kokompungan ini juga mudah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan serius admin cakap artis ni walaupun sudah popular tapi senang jadi kawan dia.

Berita terbaru mengenai esther pula, beliau kini terlibat dalam menyiapkan album kompilasi Projek Amal Artis Sabah di bawah naungan Magus8Entertaiment menerusi lagu yang bertajuk Au Ababasan. Beliau berharap supaya orang ramai dapat menyokong usaha beliau bersama dengan beberapa lagi artis tempatan sabahan.


Menurut beliau lagi, lagu melayu pertama beliau sudah lama di keluarkan yang bertajuk 'Kau Mahukanku' dan anda boleh dengar di radio Erafm, SuriaFm dan sudah semestinya di Sapsaifm ini la kan. Beliau berharap lagu melayu beliau ini akan mendapat sambutan kerana ini adalah percubaan pertama beliau mendendangkan lagu berbahasa melayu. 

Jadi beliau mengharapkan sokongan daripada kita semua dengan membantu mengundi lagu beliau di dalam carta. Baiklah, di sini admin selitkan sedikit profile mengenai beliau untuk tatapan peminat (minta maaf sebab tidak sertakan sekali demo nyanyian beliau. Kalau belum kena upload di youtube demo dia, admin tidak berani mau memandai-mandai pula buat link).

Nama Sebenar: Esther Clement Tubong

Nama Komersial : Esther

Tarikh Lahir : 1.12.19.. (biarlah tahun dia di rahsiakan hahahahahh)

Tempat Lahir :Penampang

Alamat Email: trueme1277@gmail.com

Alamat Facebook: Esther Clement Tubong(penuh), Esther Clement Tubong II, Esther Clement Tubong Tambahutku Koupusanku (page)

Bangsa : Kadazan

Bilangan adik beradik: 4

Hobi: Menari, Menyanyi n gym

Aktivi: (Karangan original dari esther hahahahahaah)

- aktiviti yg sya slalu buat kalu x sibuk jaga anak2..sya lepak sama kwn2 yg tercinta..sonooo upperstar or texas..:) dan sy suka bersukan..kalo ada wall climbing ka..tresure hunt ka
pigi pulau ka..yg lasak2..tulak naik gunung kinabalu..hehehheeh..sya uda smpai kemuncak..tidak mau lagi naik..bikin takut…hehehheeh
 
- sya suka buat kerja amal..tapi bukan yang besar2ran punya lah…kalo dapat kumpul duit sikit ok la tu..ada bikin derma yg memerlukan..

Pencapaian

- Lagu 'Kokompunganku' telah memasuki dalam Carta 10 Lagu Popular Kadazan  Sabahvfm RTM dan mendapat undian terbanyak 18 minggu dtempat pertama.
Bertanding dalam Carta Lagu Popular Kadazan 2009/2010 dan memenangi Anugerh Persembahan Terbaik RTM 2009/2010
(itu jak lah, yg lain2 tu x payah ler..kan) heheheheh…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan