Sapsai.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar SapsaiFm


Get the Flash Player to see this player.
Sapsai.FM Diaktifkan Oleh Fantasi Media | Terima Kasih Fantasi Media. Sapsai.FM bersiaran 24 jam tanpa henti. Sekiranya anda melihat status radio Sapsai.FM|Ini Barang mesti mau tenang itu menandakan tiada penyampai yang bertugas tapi anda masih boleh mendengarkan lagu di Sapsai.FM. Nantikan dj yang bertugas untuk menemani anda. AMARAN : Lagu- lagu yang berkumandang di Sapsai.FM hanya sekadar untuk PROMOSI sahaja. Sila Sokong artis dan industri muzik tanah air kita dengan cara membeli KARYA yang ASLI dan pastikan anda menaip di chatting Sapasai.FM dengan menggunakan perkataan yang sopan bagi mengelakkan Ip anda di banned atau di hack. terima kasih atas kerjasama anda. Sapsai.FM kita-kita juga bah... Ini Barang Mesti Mau Tenang Terima Kasih atas sokongan anda. Bangunkan kami kalau kami terlena dan bantu kami kalau kami jatuh.?

Rabu, 18 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm - Esther Clement Tubong



Sekali lagi, admin mau memperkenalkan artis ini untuk tatapan semua pendengar sapsaifm dan juga pencinta lagu tempatan serta peminat artis tempatan sabahan kita. Adapun, pemilik gambar wajah yang santik ini adalah bukan seorang model (hahahhaha sempat lagi menguluk) tapi beliau adalah salah seorang artis yang memang terkenal di kalangan peminat lagu dusun/kadazan khasnya dan sabahan umumnya.


Menggunakan nama komersial sebagai esther (bukan esther OIAM arrr.. bukan juga lagu ronn langad- esther heheheeh tiada kena mengena), artis ini  seorang yang cukup merendah diri dan tidak lokek dengan senyuman. Beliau juga sangat peramah walaupun dengan sesiapa saja (jangan pula kamu pok silap nanti kena bagi PJJ = Penerajang Jarak Jauh ahahahah).

Berketurunan kadazan dan mempunyai 4 orang adik beradik (sama la macam admin walaupun tiada di tanya hahahha), beliau gemar menari, menyanyi dan pergi ke gym (tingu kamu itu, orang gym ni biasa angkat besi jaga-jaga) pada waktu lapang beliau.

Menurut artis kelahiran penampang ini lagi, beliau sangat selesa melakukan kerja amal kerana dengan cara ini la beliau dapat membantu golongan kurang upaya dan dapat berbakti kepada masyarakat. selain itu, penyanyi yang popular menerusi lagu kokompungan ini juga mudah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan serius admin cakap artis ni walaupun sudah popular tapi senang jadi kawan dia.

Berita terbaru mengenai esther pula, beliau kini terlibat dalam menyiapkan album kompilasi Projek Amal Artis Sabah di bawah naungan Magus8Entertaiment menerusi lagu yang bertajuk Au Ababasan. Beliau berharap supaya orang ramai dapat menyokong usaha beliau bersama dengan beberapa lagi artis tempatan sabahan.


Menurut beliau lagi, lagu melayu pertama beliau sudah lama di keluarkan yang bertajuk 'Kau Mahukanku' dan anda boleh dengar di radio Erafm, SuriaFm dan sudah semestinya di Sapsaifm ini la kan. Beliau berharap lagu melayu beliau ini akan mendapat sambutan kerana ini adalah percubaan pertama beliau mendendangkan lagu berbahasa melayu. 

Jadi beliau mengharapkan sokongan daripada kita semua dengan membantu mengundi lagu beliau di dalam carta. Baiklah, di sini admin selitkan sedikit profile mengenai beliau untuk tatapan peminat (minta maaf sebab tidak sertakan sekali demo nyanyian beliau. Kalau belum kena upload di youtube demo dia, admin tidak berani mau memandai-mandai pula buat link).

Nama Sebenar: Esther Clement Tubong

Nama Komersial : Esther

Tarikh Lahir : 1.12.19.. (biarlah tahun dia di rahsiakan hahahahahh)

Tempat Lahir :Penampang

Alamat Email: trueme1277@gmail.com

Alamat Facebook: Esther Clement Tubong(penuh), Esther Clement Tubong II, Esther Clement Tubong Tambahutku Koupusanku (page)

Bangsa : Kadazan

Bilangan adik beradik: 4

Hobi: Menari, Menyanyi n gym

Aktivi: (Karangan original dari esther hahahahahaah)

- aktiviti yg sya slalu buat kalu x sibuk jaga anak2..sya lepak sama kwn2 yg tercinta..sonooo upperstar or texas..:) dan sy suka bersukan..kalo ada wall climbing ka..tresure hunt ka
pigi pulau ka..yg lasak2..tulak naik gunung kinabalu..hehehheeh..sya uda smpai kemuncak..tidak mau lagi naik..bikin takut…hehehheeh
 
- sya suka buat kerja amal..tapi bukan yang besar2ran punya lah…kalo dapat kumpul duit sikit ok la tu..ada bikin derma yg memerlukan..

Pencapaian

- Lagu 'Kokompunganku' telah memasuki dalam Carta 10 Lagu Popular Kadazan  Sabahvfm RTM dan mendapat undian terbanyak 18 minggu dtempat pertama.
Bertanding dalam Carta Lagu Popular Kadazan 2009/2010 dan memenangi Anugerh Persembahan Terbaik RTM 2009/2010
(itu jak lah, yg lain2 tu x payah ler..kan) heheheheh…

Isnin, 16 Januari 2012

Rakan Artis Sapsaifm -Rozza Rothman -



 Mungkin ramai yang sudah tahu tentang artis ini dan mugkin ada juga yang masih tertanya-tanya siapa ka gerangan pemilik wajah ini. Baiklah, kepada kawan-kawan yang masih belum tahu, pemilik wajah gambar ini ialah Rozza Rothman. Beliau adalah artis tersohor sabah pada ketika dulu dan masih aktif sehingga sekarang.

Dilahirkan di kota kinabalu pada 6 mei .... (tahun kelahiran di rahsiakan hahahahahah) beliau lebih gemar membawakan muzik yang berentak Pop, R& B, Balada, Jazz, Rock Dan Contemporary.

Berkenaan dengan rozza pula, beliau adalah artis yang berpengalaman selama 21 tahun dalam industi hiburan khususnya dan pernah merakamkan album di KL pada tahun 1997 di bawah naungan NAR Record. Album beliau telah diterbitkan oleh Fauzi Marzuki, Johan Nawawi dan Adnan Abu Hassan (nama besar dalam industri hiburan di malaysia).

Selain itu, beliau juga telah menjadi residen RTM Sabah sejak tahun 1991. Pada tahun 2011, beliau telah melancarkan album kompilasi tempatan bersama Clarice John Martha, Lydia Kalidin dan Meeda Hamzani (Sri Bayu).

Berita terbaru mengenai artis ini ialah beliau bersama beberapa artis tempatan sabah yang lain akan muncul dengan album kompilasi (Projek Amal Artis Sabah) di bawah naungan Magus8Entertaiment iaitu kelolaan saudara Nick Tudol. Di Bawah ini adalah sedikit info mengenai beliau.

 

Nama  Komersial          :           Rozza
Tarikh  Lahir                 :           6 May           
Tempat  Kelahiran       :           Kota Kinabalu
Genre                             :           Pop, R&B, Ballad, Jazz, Rock, Contemporary
Facebook                       :           Rozza Rothman
Link  ‘Youtube”            :           Search  ‘Rozza 1997’


(2) Mengenai Rozza
ü Berpengalaman  selama  21  tahun  di dalam  bidang  seni

ü Merakamkan  Album  di  Kuala  Lumpur  pada  tahun  1997  di bawah  naungan  syarikat  rakaman  NAR  Records.  Album  ini  diterbitkan  oleh  Fauzi  Marzuki,  Johan  Nawawi  dan  Adnan  Abu  Hassan
ü Residen  Artis  RTM  Sabah  sejak  tahun  1991

ü Melancarkan  album  kompilasi  tempatan  bersama  Clarice  John  Matha,  Lydia  Kalidin  dan  Meeda  Hamzani  (Sri Bayu)  pada  tahun  2011

ü Akan  muncul  dengan  album  kompilasi  terbaru  (Projek  Amal  Artis  Sabah)  bersama-sama  Ebi  Kornelis,  Lydia  Kalidin,  Marcell  Gatisi,  Esther  Clement  Tubong  dan  lain-lain.  Bakal  dilancarkan  pada  tahun  2012



(3) Pertandingan Yang Disertai


ü Johan
SUGANDOI KAAMATAN, PERINGKAT  NEGERI  SABAH 1995
(Dulunya  dikenali  sebagai  Pertandingan  Bintang  Kaamatan)

ü Naib  Johan
RTM GEMA WARISAN, PERINGKAT  NEGERI  SABAH  1995

ü Tempat  Ketiga
PERTANDINGAN LAGU-LAGU PUISI, PERINGKAT  KEBANGSAAN 1998



Persembahan di Hotels/Kelab, dll
C   Matahari  Jammers
MATAHARI  BISTRO,  Kuala  Lumpur                                                        1997
C   Classic  Moment  Trio
EASTIN  HOTEL,  Petaling  Jaya                                                                   1998
C   D’Santos  Jazz
EASTIN  HOTEL,  Petaling  Jaya                                                                   1999
C   Right  Track
EL  NINO,  Kuala  Lumpur                                                                                  “
C   Bali’s  Jazz  Quartet
BALI  CLUB,  Petaling  Jaya                                                                                “
C   Aries  Band
REGENCY  HOTEL  &  RESORT,  Port  Dickson                                     2000
C   Aries  Band
CROSSROAD  LOUNGE,  Kuala  Lumpur                                                   2001
C   Gems
SHERATON  HOTEL,  WP  Labuan                                                              2003
C   Creative  Mood
SHERATON  HOTEL,  WP  Labuan                                                              2004
C   Magic  Two
HYATT  REGENCY  KINABALU, Kota  Kinabalu                                     2004
C   Rush  Hour         
SUTERA  HARBOUR  RESORT,  Kota  Kinabalu                                      2005
C   Electric  Avenue
BEVERLY  HOTEL,  Kota  Kinabalu                                                                “
C   Superfriends
BEVERLY  HOTEL,  Kota  Kinabalu                                                                “
C   Superfriends
HYATT  REGENCY  KINABALU,  Kota  Kinabalu                                    2006

(5) Persembahan Solo [Majlis-Majlis Makan Malam Korporat, Agensi Kerajaan dll (secara rawak)]
Ø   F1  Welcoming  Dinner  Show                                                               
Ø   FIFA  and  FAM  Welcoming  Dinner  Show                                     
Ø   YAM  Sultan  Pahang  Birthday                                                 
Ø   Sultan  Brunei’s  Nephew  Birthday  Dinner                                               
Ø   Majlis  Bersama  Menteri  Penerangan  Malaysia                          
Ø   Majlis  Makan  Malam  Penghargaan  Majlis  Wanita  Sabah
Ø   Majlis  Makan  Malan  “Sodop  Unduk  Kaamatan  Tuaran”
Ø   Majlis  Jamuan  Teh  Meraikan  Para  Ibu  (Kementerian  Pembangunan  Masyarakat  &  Hal  Ehwal  Pengguna  Sabah)
Ø   Majlis  Penghargaan  dan  Tahunan  PPPN  (I.C.U  Jabatan  Perdana  Menteri)
Ø   Perasmian  PERMATA  Negara  Daerah  Tuaran  oleh  YABhg  Isteri  Perdana  Menteri
Ø   Majlis  Makan  Pertanian  Sabah  2011
Ø   Dan  banyak  lagi



(6) EMCEEING  [Untuk majlis-majlis utama,(secara rawak)]
  PERTISA  Sabah  Road  Tour  2004

  Majlis  Anugerah  Artis-Artis  Sabah  2004

  Land  Rover  (Sabah)  Launching  Ceremony - Officiated  by TYT Neg. Sabah

 ¶  Pesta  Kaamatan  USDA  Peringkat  Negeri  Sabah  2007

  AVON  Sabah  Recognition  Awards  2007

  Perayaan  Pesta  Kaamatan  Peringkat  Negeri  Sabah  2008

  Pertandingan  Nyanyian  Bakat  Merdeka  Sempena  Sambutan  Hari  Kebangsaan  Ke 51,  Peringkat  Negeri  Sabah  2008

  Sambutan  Hari  Malaysia  Peringkat  Kebangsaan  2008

  Majlis  Anugerah  Artis-Artis  Sabah  2008

  Official  Launching  Ceremony  of  Transform  10  Sabah  2010  (Malaysia  Health  Ministry)

  Official  Launching  Ceremony  of  Sabah  Folkart  Exhibition  2010

  Prima  Akustika  State  Level  Finale  2010

  SEDCO  Annual  Dinner  “A  Night  To  Remember”  2010

  AVON  Sabah  Recognition  Awards  2011

  Official  Launching  Harian  Metro  Edisi  Sabah  2010

  6th  Sabah  International  Folklore  Festival  2011

  Karnival  Belia  Gegar  IV  Tuaran  2011

  Majlis  Rumah  Terbuka  Menteri  Kerajaan  Tempatan  &  Perumahan Negeri  Sabah  2011

  Kota  Kinabalu  Fashion  Week  2011

  Corporate,  Private,  Wedding  Functions  and  Etc


(7) Members
v  PAPITA
Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air        (Ahli)

v  KARYAWAN 
Persatuan  Karyawan  Malaysia                        (Ahli)

v  PERTISA
Persatuan  Artis  Tempatan  Sabah                  (Ahli Majlis)

v  MAJLIS KESENIAN NEGERI SABAH                   (Timb.Presiden III)


Hebat kan pencapaian dia kawan-kawan. Kalau rasa-rasa mau jadi artis, bulih ni beguru sama dia dulu tapi jgn lupa bawa maggi kari 3 bungkus sama telur 3 biji bikin pengeras ahahahha... just kidding hahaha. Lastly, admin mau kasi dengar kamu sikit lagu dia yang akan keluar pada tahun ini yang terdapat dalam album kompilasi artis sabah (projek amal Artis Sabah) tajuknya Oupus Oku Diya.

Sabtu, 14 Januari 2012

Kedudukan Carta 20 Sapsaifm Minggu 3

1. Is Sapsai - Diriku Pergi (88%)

2. Clarice Sipanul - Pinintutunan (86%)

3. Kristo Yanto - Urat Dawai Tulang Besi (85%)

4. Nick Tudol - Ika Okon Ko Sanganuku (77%)

5. Janrywine J Lusin - Macam Di Kk (68%)

6. Albab Band - Lamunan Silam (67%)

7. Gimmie Superfrenz - Keliru (65%)

8. E.L Mar - Main Tapuk Tapuk (64%)

9. Achai - Anak Separuh Bandar (49%)

10. Esther Clement Tubong - Kokompunganku (46%)

11. Rock N Soul - Terhanyut (42%)

12. The Ariez - Keteguhanku (40%)

13. Marcellus Gatisi - Langad Molohing (36%)

14. Dj Rumput - Joget So Sweet Ni (29%)

15. Dayang Noraini - Kau Tak Akan Pernah Tahu (28%)

16. Jimmy Palikat - Anak Kampung (0%)

17. Ryna - Kada Lihiwai (0%)

18. Ebi Kornelis - Dulu Suka Sekarang Sayang (0%)

19. Freddy K - Urang Bilang (Pencalonan baru)

20. Wilton Hamdi Gudon - Isai (Pencalonan baru)

* Brendah Londoh - Ok Bah Tanak Kampung (Tersingkir)

* Jiaja - Pok Silap (Tersingkir)

Total Vote : 98 Orang

P/S:

-Sistem pengadilan kedudukan carta lagu sapsaifm di tentukan melalui undian dan sekerap mana lagu tersebut di minta oleh pendengar untuk di putarkan di radio online sapsaifm.

-Keputusan carta 20 Sapsaifm akan di ketahui setiap hari ahad jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Setiap Minggu ada lagu terkeluar dan ada lagu baru akan di calonkan. Untuk Mengundi lagu kegemaran anda layari kami di http://sapsaifmm.blogspot.com (di bahagian bawah tempat minta lagu, di sebelah kiri blog)

Khamis, 12 Januari 2012

Artis Sabah Is Sapsai - Diriku Kan Pergi




                Is Sapsai atau nama sebenarnya Ishak merupakan seorang lagi bakat baru yang kian di kenali dan lagu beliau semakin di terima baik oleh pendengar radio khususnya di Sapsai.FM. Beliau menggunakan nama Is sempena nama pangkal dari nama sebenar beliau dan menggunakan sapsai sebagai nama timangan sempena nama tempat beliau bertugas ( Radio Online Sapsai.FM ). Disamping itu, beliau juga gemar menggelarkan dirinya sebagai 'Ujang'. Ini kerana beliau adalah seorang yang suka bergurau dan ingin membuat sesiapa sahaja kenalannya sentiasa 'gumbira' ( bak kata Sapsai.FM | selagi tidak melampau batas. hehehe )

              Berbekalkan lagu single beliau yang di beri tajuk 'diriku kan pergi' ( di rakamkan di Magus8Entertaiment Studio ), Is sapsai memilih lagu yang berentak slow rock kerana beliau beranggapan rentak muzik aliran rock masih di minati oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja. Untuk makluman semua juga lirik dan lagu merupakan ciptaan sepenuhnya oleh saudara Is Sapsai dan di sunting oleh Magus8Entertaiment kendalian saudara nick tudol dan juga renza ( Dj Ateh menyampuk sikit-sikit saja. )


              Anak kelahiran daerah tenom ini merupakan seorang yang cukup merendah diri dan bersikap 'low profile'. Ini kerana, beberapa kali juga admin memujuk beliau barulah beliau bersetuju gambar dan sedikit biodata mengenai beliau di pertontonkan kepada umum. 


           Menurut Is Sapsai lagi, tujuan beliau menghasilkan sebuah single lagu bertajuk Diriku Kan Pergi adalah sekadar hobi dan hanya untuk hiburan diri sendiri. Tetapi, beliau bersyukur sekiranya lagu yang di nyanyikan nya di sukai ramai. 



          Khabar terbaru mengenai artis yang berjaya menjadi juara carta 20 Sapsai.FM selama 2 minggu berturut-turut ini, Is sapsai sedang dalam proses untuk menghasilkan lagu single beliau yang ke-2 pula tidak lama lagi. berikut adalah biodata ringkas mengenai beliau:

Nama Sebenar : Ishak

Nama Timangan: Ujang / Is Sapsai

Email: media@y7mail.com

Keturunan : Dusun

Status : Bujang (masih mencari cinta hahahahhah. Masih ada can kalau ada mau urat dia)

Asal : Tenom

Tarikh Lahir: 14 November 1988

Hobi: on9, membaca, bersukan (badminton dan futsal) serta melancong


Blog : Site Santai

Nama Facebook : Is Sapsai

Lagu/Album: Is Sapsai - Diriku Pergi

Alamat: Stesen Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang (Tenom)

kamu mahu dengar ka lagu dia? Kamu klik ja ni link di bawah atau ni lagu dari file 4shared (atas keizinan beliau). Best lagu dia.


** Sila klik tulisan berwarna merah untuk info. thx !

Selasa, 10 Januari 2012

ALBUM KOMPILASI-PROJEK AMAL ARTIS SABAH (AK-PAAS)

Kini dalam stage terakhir recording, dijangka akan keluar seawal bulan depan memandangkan Chinese New Year hujung bulan ni...Artis pilihan untuk kompilasi pertama ini ialah

Ebi Kornelis (lagu: Hangadon Diau)

Rozza Rothman (Oupus Oku Diya)
Clarice John Matha (Linangkas Nu) & (Numbur)
Esther Clement Tubong (Au Ababasan)
Clarice Sipanul (Pinintutunan)
Lydia Kalidin (Sopirati-rati)
Syra Gom (Tiad Om Kaus Ku)
Ryna (Oko Yak Sangulun-murut)
Marcel Gatisi (Songkuro Pinodih) & (Numbur-male version)

Kesemua lirik dan lagu disumbangkan oleh Nick Tudol. Kecuali lagu Ebi iaitu Hangadon Diau, Melody telah dicipta bersama Nick Tudol & Ebi sendiri, Musik composed by Mr Luke (Hangadon Diau). lain2 lagu, music composed and arranged by Nick Tudol.

didalam album ini, semua lagu akan disertakan dengan minus1 sekali. harga yang amat berpatutan. Sila masuk page magus8enteratinment untuk mendengar preview lagu2 yang sudah siap...

Ahad, 8 Januari 2012

Kedudukan Carta 20 Sabahan Sapsaifm Minggu Ke-2

1. Is Sapsai - Diriku Pergi (88%)

2. Kristo Yanto - Urat Dawai Tulang Besi (84%)

3. Marcellus Gatisi - Langad Molohing (77%)

4. Nick Tudol - Ika Okon Ko Sanganuku (72%)

5. Dayang Noraini - Kau Tak Akan Pernah Tahu (64%)

6. Janrywane J Lusin - Macam Di Kk (60%)

7. Albab Band - Lamunan Silam (59%)

8. E.L Mar - Main Tapuk Tapuk (55%)

9. Jimmy Palikat - Anak Kampung (50%)

10. Ebi Kornelis - Dulu Suka Sekarang Sayang (44%)

11. Gimmie - Keliru (37%)

12. Esther Clement Tubong - Kokompunganku (37%)

13. The Ariez - Keteguhanku (28%)

14. Ryna - Kada Lihiwai (26%)

15. Dj Rumput - Joget So Sweet Ni (19%)

16. Brendah Londoh - Ok Bah Tanak Kampung (13%)

17. Rock N Soul - Terhanyut (0%)

18. Jiaja - Pok Silap (0%)

*19. Clarice Sipanul - Pinintutunan (Pencalonan Baru)

*20. Acai - Anak Separuh Bandar (Pencalonan Baru)

* Angelena Perete - Buterffly Baby (Tersingkir)

*Ronn Langad - Esther (Tersingkir

P/S: Keputusan carta 20 Sapsaifm akan di ketahui setiap hari ahad jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Setiap Minggu ada lagu terkeluar dan ada lagu baru akan di calonkan. Untuk Mengundi lagu kegemaran anda layari kami di http://sapsaifmm.blogspot.com (di bahagian bawah tempat minta lagu, di sebelah kiri blog)

Khamis, 5 Januari 2012

Radio Online Sapsaifm, Artis Sabah Dan The Body Shop Membuat lawatan amal sambil menderma










Lawatan kerja amal bersama The Body Shop staff pada 19hb November, Sabtu @ 10.30 pagi.
Program lawatan amal sambil menderma adalah kolaborasi di antara The Body Shop, Magus8Entertainment (Peserta Album Kompilasi Artis Sabah) dan Sapsaifm online radio.

Penerbitan “ALBUM KOMPILASI - PROJEK AMAL ARTIS SABAH."
1. Untuk tujuan beramal iaitu hasil jualan daripada kompilasi ini kelak akan diagih-
agihkan kepada badan-badan yang memerlukan seperti Anak Yatim, Rumah
Orang tua dan lain-lain persatuan/badan yang memerlukan.
2. Untuk memberi sokongan kepada industri musik dan hiburan Negeri Sabah dengan
lagu-lagu terbaru artis-artis Sabah. 



Sedikit ulasan dari pihak sapsaifm:

Program seumpama ini seharusnya menjadi satu budaya di mana kita hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain. Dalam kegembiraan jangan di lupakan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Selalunya artis hanya di kaitkan dengan popular, glamer dan mendapat jualan album yang menggalakkan. Tetapi kini anda boleh menukar presepsi anda sekarang kerana semakin ramai artis yang melakukan kerja amal. Program ini di sertai oleh artis sabah seperti ebi kornelis (dulu pakai nama ebi af5), marcellus gatisi Bintang RTM, Clarice John Martha, Esther Clement Tubong, Lydia kalidin, Clarice Sipanul dan ramai lagi artis sabah yang lain. Kumpulan artis sabah ini di ketuai oleh saudara Nick Tudol yang juga merupakan seorang penyanyi/komposer dan producer kepada kompilasi lagu artis sabah dan juga pemilik kepada magus8Entertaiment.

Selain itu, kehadiran syarikat The Body Shop sebagai penaja utama kepada program ini turut menyediakan bantuan seperti keselesaan tempat tidur dan juga makanan kepada keluarga yang malang dalam program ini. Dj Ateh juga sempat di beritahu, rupa-rupanya semua produk atau barang keluaran syarikat ini merupakan hasil tangan dan sentuhan orang-orang miskin di luar negara (Afrika klu dj ateh tidak silap). Memang satu usaha murni dan dj ateh tidak akan teragak-agak untuk turut serta kalau ada undangan sekali lagi. Di harapkan di masa-masa akan datang, lebih ramai lagi syarikat swasta atau kerajaan atau persatuan dapat turut serta atau menganjurkan program seumpama ini.

Sebagai radio rasmi magus8entertaiment, Sapsaifm merasa sangat bangga kerana dapat turut serta dalam bahagian yang begitu suci ini. Mana tidaknya, walaupun setakat radio online yang pendengarnya kebanyakkan remaja dan merupakan sebuah radio online yang masih mula merangkak dalam industri hiburan di sabah senang cakap komuniti kecil la (untuk makluman sapsaifm merupakan radio online naungan utarafm), Sapsaifm diberikan peluang dan penghormatan yang begitu besar sekali oleh rakan artis sapsaifm. Terima kasih kepada saudara nick tudol yang invite sapsaifm. Di harapkan selepas ini, sama ada radio konvensional mahupun radio online yang lain juga, akan mengadakan program sumpama ini dan bukan bertumpu untuk hiburan semata-mata sahaja. Apapun kami di sapsaifm pastinya akan terus menyokong perkara baik ini dan pasti akan membantu artis sabahan terutamanya yang kurang di kenali untuk berada di puncak apa yang termampu dan memberikan anda hiburan di tahap yang maksima serta menjadi pusat latihan dalam penghasilan penyampai radio online yang mantap.

sekian dari pengarang, Ateh Wildan.... Ini barang mesti mahu tenang, Kita-kita juga bah.